Alhamdulillah akhirnya pada tarikh keramat iaitu 6 Jun 2014 aku telah bergelar seorang suami kepada isteriku yang tercinta iaitu Nurul Maizura Alias ( Awa Nano). Aku akan memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami. Mana takntyer dalam islam seorang suami akan memikul segala dosa yang dibuat oleh isterinya dan juga anak2nya. So memang aku dah bersedia nak menghadapi semua tu. Pengalaman aku nak kahwin jangan citerlah dia punya gubra ( panik) nya..memang tak boleh nak kata apa dah, hanya yang mampu aku lakukan adalah banyakkan traning macam mana nak lafaz nikah...tu je la persedian yang telah aku lakukan...hehe..sebab sebelum ni aku banyak dah dengar ada orang yang susah nak lafaz nikah dan berkali2 lah menjawabnya pun tak berjaya juga...tu yang aku lakukan latihan lafaz nikah tu....tak lupa juga aku membaca buku2 tentang munakahat ( bab rumahtangga)...hehe..